Skrin pecah pagi tadi? Bateri kong sejak semalam?
Baiki hari ni.
Sepantas 33 minit.
Kedai baiki telefon & laptop di Taman Putra Perdana, Puchong. Datang, tunggu, balik dengan telefon yang dah elok.
WhatsApp bila-bila. Kami balas waktu kedai buka. Butang di atas dah siap tulis apa yang kami perlu tahu — awak isi jenis telefon dan masalahnya, kami boleh agak harga sebelum awak sampai.
33 minit tu bukan cakap kosong. Ini caranya.
Kerja biasa seperti tukar skrin dan bateri kami siapkan sementara awak tunggu di kedai.
Awak sampai, kami periksa
Kami buka dan periksa di depan awak. Awak nampak sendiri apa yang rosak.
Harga disahkan dahulu
Kami beritahu harga penuh dan jenis alat ganti sebelum sentuh apa-apa. Tak setuju, tak apa — tiada caj.
Siap, diuji, diserah
Kami uji di depan awak sebelum serah. Jaminan alat ganti tercetak pada resit.
Kerosakan berat seperti masuk air atau baik pulih papan ambil masa lebih lama — kami beritahu anggaran sebenar awal-awal, bukan janji 33 minit untuk semua benda.
Sebelum awak WhatsApp, mesti ada empat soalan ni.
Berapa harga?
Kami tak boleh bagi satu harga untuk semua telefon — skrin iPhone dan skrin Xiaomi lain harganya. Tapi kami tak pernah mula kerja sebelum awak tahu harga penuh. WhatsApp model telefon awak, kami bagi anggaran terus.
Ada part untuk model saya?
Kami simpan alat ganti untuk model yang laris. Kalau model awak tak ada dalam stok, kami beritahu berapa hari nak tunggu — bukan suruh awak datang dulu baru cakap tak ada.
Gambar dan data dalam telefon saya?
Kami tak buka galeri, tak salin fail, tak perlukan kata laluan awak untuk tukar skrin atau bateri. Kalau sesuatu kerja memang perlu telefon dihidupkan, kami minta izin awak dahulu dan awak boleh tunggu sambil tengok.
Kalau tak boleh baiki?
Kami beritahu terus yang ia tak berbaloi dibaiki, dan awak tak bayar untuk kerja yang tak jadi. Lebih baik awak simpan duit tu untuk telefon baharu daripada kami ambil duit awak dua kali.
Apa yang kami baiki
iPhone, Samsung, Xiaomi, OPPO, vivo, Huawei, realme, dan laptop.
- Tukar skrinPecah, sentuh tak jalan, garis pelangi, LCD hitam, bayang kekal.
- Tukar bateriCepat habis, mati sendiri walaupun ada peratus, badan telefon kembung.
- Kerosakan airJatuh dalam air atau kena hujan. Bawa cepat — jangan cas dan jangan hidupkan.
- Port cas & bunyiCas longgar, tak masuk cas, speaker perlahan, mikrofon tak dengar.
- Tak boleh hidupLangsung tak on, mati selepas jatuh, atau isu selepas kena air. Kerja papan litar.
- LaptopSkrin, bateri, keyboard, kipas panas, format dan pemasangan semula.

Kedai betul, syarikat berdaftar.
Bukan gerai sementara. Ada lot kedai, ada kaunter, dan ada tempat awak boleh datang balik kalau ada apa-apa selepas ni.
- Dikendalikan oleh
- Tenang Seni Solutions (M) Sdn. Bhd.
- No. pendaftaran SSM
- 202201015074
- Rangkaian GOFIX
- 3 cawangan di Selangor
- Jaminan alat ganti
- Tercetak pada resit
Diskaun untuk pelanggan kali pertama
Sebut promo ini semasa WhatsApp kami, atau tunjuk halaman ini di kaunter sebelum kerja bermula.
Untuk kerja baik pulih di GOFIX Putra Perdana sahaja. Satu diskaun untuk satu pelanggan, tidak boleh digabung dengan promosi lain, dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Kena sebut sebelum kerja bermula.
Tebus melalui WhatsAppJumpa kami di Putra Perdana
1-42A, Putra Perdana,Jalan Putra Perdana 1/3,
Taman Putra Perdana,
47130 Puchong, Selangor
Cari papan iklan kuning GOFIX di tingkat atas, betul-betul di atas kedai motosikal Boon Hua. Ada tempat letak kereta di depan.
Soalan lain
Kena buat temu janji dahulu?
Tak perlu. Datang terus. Tapi kalau awak WhatsApp dahulu dan beritahu model telefon, kami boleh semak sama ada alat ganti ada dalam stok — jimat perjalanan awak.
Berapa lama jaminan alat ganti?
Bergantung pada alat ganti tersebut. Tempoh sebenar dicetak pada resit awak semasa serahan, jadi awak tak perlu ingat atau bergantung pada janji mulut.
Boleh bayar guna kad atau e-wallet?
Boleh. Kami terima tunai, kad, dan pembayaran QR di kaunter.
Telefon saya dah kena baiki kedai lain, boleh tolong?
Boleh, tapi kami periksa dahulu dan beritahu keadaan sebenar. Kalau kerja sebelum ini menyebabkan kerosakan lain, kami tunjuk pada awak sebelum bagi harga.
Ada cawangan lain?
Ada. GOFIX ada tiga cawangan di Selangor. Halaman ini khas untuk cawangan Putra Perdana, Puchong.